X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

[VIDEO] Cuti raya tahun ini paling panjang

Sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka paling meriah selepas dua tahun tidak pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia berpeluang menikmati cuti sehingga sembilan hari bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ia berikutan cuti umum Aidilfitri yang jatuh sejajar dengan cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Pekerja.

Bagi golongan pekerja yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, mereka sudah boleh mula bercuti pada Sabtu iaitu 30 April.

Sementara 1 Mei iaitu pada Ahad pula adalah cuti umum Hari Pekerja, menyebabkan hari Isnin iaitu pada 2 Mei merupakan cuti ganti bagi hari cuti umum tersebut.

Cuti umum Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada 3 dan 4 Mei iaitu hari Selasa dan Rabu, sekali gus menjadikan jumlah cuti ketika itu sudah menjangkau lima hari.

Sekiranya pekerja terbabit mengambil cuti pada Khamis dan Jumaat, maka mereka boleh menyambut cuti hari raya sehingga sembilan hari termasuk pada Sabtu serta Ahad.

Jadi tidak hairanlah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka paling meriah, tambahan selepas dua tahun tidak pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

@sinarharianonline Sambutan #Aidilfitri tahun ini dijangka paling meriah selepas dua tahun tak pulang beraya akibat #Covid19 #fyp #MeriahkanRamadan #BuletinTikTok Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!