Suami isteri sedia air jagung Klebang percuma

Zulfahmi (kiri) dan isterinya sedang menyediakan air jagung kepada pelanggan di gerai mereka yang mula beroperasi pada jam 4 petang.
Zulfahmi (kiri) dan isterinya sedang menyediakan air jagung kepada pelanggan di gerai mereka yang mula beroperasi pada jam 4 petang.
A
A
A

KUBANG PASU - Sepasang suami isteri di Jitra di sini menawarkan air jagung Klebang secara percuma sepanjang Ramadan kali ini.

Zulfahmi Shariff, 35, berkata, air jagung berkenaan merupakan hasil infaq beberapa individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk bersedekah di bulan Ramadan ini.

Katanya, dia dan isteri, Suraya Ayob, 40, hanya bertindak sebagai orang tengah untuk melunaskan niat dan amanah para penyumbang.

"Sedekah air jagung ini bermula pada tahun lepas setelah ada hamba ALLAH yang datang untuk beli beberapa balang air untuk disedekahkan kepada pengunjung," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Taman Mahsuri di sini pada Isnin

Menurutnya, bertitik tolak daripada itu, program infaq berkenaan mula mendapat sambutan daripada pelbagai pihak termasuk NGO pada Ramadan kali ini.

"Belum sempat kami buat undian tapak lagi sudah ada beberapa orang yang menempah masuk slot infaq ini," katanya.

Zulfahmi menambah, air jagung itu hanya boleh didapati pada bulan Ramadan kerana kekangan kerja hakiki mereka pada waktu biasa.

"Jadi kepada peminat air jagung ini mereka boleh datang dan ambil air ini secara percuma sehingga 29 Ramadan.

Artikel Berkaitan:

"Kita tiada had pembelian cuma dinasihatkan agar pengunjung tidak membazir apatah lagi kita berada di bulan mulai ini," katanya.

Katanya, pengunjung yang mendapatkan air jagung berkenaan juga layak menyertai pertandingan Selfie & Menang Duit Raya 2022.

"Bukan sahaja dapat air percuma, malah mereka juga berpeluang menang duit raya dengan menyertai pertandingan terbabit," katanya yang mula berniaga pada jam 4 petang.