Sila log masuk terlebih dahulu.

Biden tidak setuju kenyataan Presiden Ukraine

Joe Biden - Foto AFP
Joe Biden - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata pada Isnin bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan daripada rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bahawa Moscow telah melakukan pembunuhan beramai-ramai semasa operasi ketenteraan khasnya di negara itu, lapor agensi berita Sputnik dari Rusia.

Biden memberikan reaksinya apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Zelenskyy bahawa Rusia telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Bucha dekat Kiev.

Sebaliknya, beliau berkata: "Beliau ialah penjenayah perang. Apa yang berlaku kepada Bucha adalah keterlaluan dan semua orang telah melihatnya. Kami perlu mengumpulkan semua butiran untuk mengadakan perbicaraan tentang jenayah perang."

"Beliau seorang penjenayah perang," kata Biden kepada pemberita di Rumah Putih.

Sebelum ini, Zelenskyy menyalahkan tentera Rusia berikutan pembunuhan itu tetapi Moscow telah menafikan bertanggungjawab di atas kejadian itu.

"Ini adalah jenayah perang dan ia akan diiktiraf oleh dunia sebagai pembunuhan beramai-ramai," kata Zelenskyy pada Isnin ketika beliau melawat bandar itu yang mana sebahagian tangan mayat diikat dan ditemui pada hujung minggu lalu.

“Kami tahu bahawa beribu-ribu orang telah dibunuh dan diseksa dengan kaki dipotong, wanita dirogol, kanak-kanak dibunuh,” katanya kepada pemberita sambil memakai jaket kalis peluru ketika beliau mengunjungi Bucha dan merupakan lawatan yang jarang berlaku di luar Kiev.

Bagaimanapun, Moscow menyatakan bahawa gambar-gambar mayat yang ditemui di Bucha itu adalah palsu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rusia telah meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang isu tersebut diadakan yang mana Timbalan Duta negara berkenaan menyatakan kepada badan itu bahawa kejadian berkenaan merupakan satu provokasi yang keji daripada pihak radikal Ukraine di Bucha. - Agensi