Kim Swee waspada muslihat Melaka United

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan persiapan dilakukan di Kuala Lumpur dapat membantu The Rhinos lebih bersedia dengan lebih baik bagi perlawanan Liga Super berdepan Melaka United FC di Stadium Hang Jebat pada Selasa.

Jelasnya, The Rhinos mengambil serius perlawanan akan datang bagi memastikan kelab Kepulauan Borneo tersebut tidak lagi tercicir apabila baru sahaja menang satu daripada dua perlawanan setakat ini.

Namun menurutnya, berdepan Melaka di tempat lawan kali ini dijangka bukan mudah memandangkan skuad kendalian Risto Vidakovic juga masih memburu kemenangan pertama mereka selepas seri dan tewas dalam dua perlawanan terdahulu.

“Kami di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perlawanan persahabatan di sini sebab kalau di Sabah, kita kekurangan pasukan untuk lawan dengan Sabah dan sebab itu, kami datang ke sini lebih awal bagi menghadapi persiapan.

“Paling penting adalah aksi menentang Melaka sebab kita tahu mereka hanya mendapat satu mata setakat ini dan ini akan beri kita cabaran di mana mereka pastinya ingin memperbaiki kelemahan sepertimana kita sendiri sebab Sabah juga baru menang satu perlawanan.

“Jadi, saya kena pastikan pasukan akan sentiasa berada di tahap terbaik sebelum mereka akan berdepan dengan perlawanan keempat, kelima dan seterusnya nanti,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: