The Blues harap penyokong terus beri sokongan

Tuchel bersama sebahagian pemain Chelsea ketika berdepan Brentford minggu lalu. - Foto EFE
Tuchel bersama sebahagian pemain Chelsea ketika berdepan Brentford minggu lalu. - Foto EFE
A
A
A

PENYOKONG Chelsea diharap terus memberikan sokongan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid di Stamford Bridge pada Khamis.

Pengendali The Blues, Thomas Tuchel berkata, sokongan berkenaan sangat diperlukan setelah Chelsea menerima kejutan tewas 1-4 kepada Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

Menurutnya, sokongan penyokong diharap dapat membantu menyemarakkan lagi semangat pemain dalam memberikan aksi terbaik sekali gus melakarkan kejayaan pada perlawanan itu nanti.

“Saya berharap penyokong dapat terus memberikan sokongan kepada pasukan setelah kami mengalami kekalahan di luar jangkaan kepada Brenftord baru-baru ini.

“Sokongan berkenaan dilihat bakal mewujudkan atmosfera pada perlawanan berkenaan seterusnya memberikan semangat kepada pemain untuk menghasilkan kejayaan yang diharap-harapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuncel berkata, Chelsea tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mencatatkan keputusan positif pada aksi suku akhir pertama itu sebagai bekalan menjelang aksi suku akhir kedua kelak.

Katanya, Real Madrid juga pasti telah merencana sesuatu dalam usaha mencuri mata di Stamford Bridge.

“Jadi kita tidak ada pilihan selain mencatatkan kemenangan bagi membawa bekalan selesa pada aksi suku akhir kedua nanti.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun, kesemua pemain diharap bersedia untuk aksi suku akhir pertama ini bagi merealisasikan keputusan yang positif,” katanya.