Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Baitulmaqdis

Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berkumpul di luar pintu gerbang Damsyik di Kota Lama Baitulmaqdis pada 2 April 2022. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berkumpul di luar pintu gerbang Damsyik di Kota Lama Baitulmaqdis pada 2 April 2022. - Foto AFP
A
A
A

BAITLMAQSIS - Seorang jurugambar AFP berkata, objek-objek dilemparkan ke arah para pegawai pihak berkuasa yang bertindak balas dengan gas pemedih mata dan bom tangan ketika penduduk Palestin berkumpul di Pintu Damsyik di kota tersebut selepas solat malam pada malam kedua bulan suci Ramadan.

Polis Israel berkata, mereka menahan 10 orang kerana merusuh dan menyerang pegawai-pegawai pihak berkuasa dengan menyatakan seorang anggota polis cedera akibat dibaling objek ke mukanya dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan seramai 11 orang cedera dalam pertempuran itu.

Pada petang Ahad, Menteri Luar Israel, Yair Lapid melawat lokasi kejadian dan bertemu dengan pasukan polis yang mengawalnya.

"Ini adalah tempoh yang tegang, tetapi kami mempunyai pasukan polis yang boleh kami percayai untuk membawa kami melaluinya, saya berbangga dengan pegawai-pegaewai kami," katanya dalam kenyataan yang disampaikan oleh pejabatnya seperti dilaporkan oleh AFP.

Pada awal Ahad, Perdana Menteri, Naftali Bennett bertemu dengan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Shin Bet dan komander tentera Tebing Barat susulan operasi Israel berhampiran Jenin pada Sabtu lalu yang mana tiga pejuang Palestin terbunuh dalam pertempuran bersenjata oleh pasukan khas Israel.

Pada malam Sabtu lalu, polis Israel menahan empat warga Palestin semasa pertempuran berlaku di Pintu Damsyik, Kota Lama Baitulmaqdis pada malam pertama Ramadan.

Kira-kira 11 orang terbunuh dalam serangan di Israel sejak 22 Mac lalu termasuk dalam serangan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh. - Agensi

Artikel Berkaitan: