Guardiola mahu City janjikan saingan sengit berdepan Atletico

Pemain City dituntut memberikan tentangan sengit ketika berdepan Atletico Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Estadio da Etihad pada Rabu. - Foto Sport Image
Pemain City dituntut memberikan tentangan sengit ketika berdepan Atletico Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Estadio da Etihad pada Rabu. - Foto Sport Image
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan skuad kendaliannya itu akan memberikan tentangan sengit ketika berdepan Atletico Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Estadio da Etihad, pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, kesebelasan City dilihat begitu bersemangat menjelang aksi berdepan gergasi La Liga itu setelah melakar kemenangan kemenangan 2-0 ke atas Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pasukan ini akan terus bekerja keras dan sentiasa belajar untuk berdepan pasukan-pasukan handalan dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Selain Atletico kita juga akan berdepan Liverpool dalam masa beberapa hari lagi bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pula.

“Oleh itu, setiap pemain perlu memberikan aksi terbaik dalam usaha memastikan kejayaan pasukan dalam kedua-dua perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Guardiola mahu kesebelasan pemainnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi mencatatkan keputusan positif berdepan Atletico Madrid.

Katanya, kegagalan berbuat demikian menyaksikan City bakal mengharungi aksi yang lebih sukar pada suku akhir kedua kelak.

"Pemain perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri kali ini terutamanya dengan membawa bekalan selesa bagi mengharungi aksi suku akhir kedua 14 April nanti.

Artikel Berkaitan:

“Jika mereka (pemain), gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri, diharapkan mereka bersedia apabila bertandang ke gelanggang lawan nanti," ujarnya.