Cadang komuniti setempat urus sampah

Hong Pin (kiri) melihat sisa buangan yang diproses di Ladang FOLO, di sini, hari ini.
Hong Pin (kiri) melihat sisa buangan yang diproses di Ladang FOLO, di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri melihat kaedah pelupusan dan kitar semula sisa makanan oleh komuniti setempat sebagai jalan terbaik bagi mengurangkan sisa buangan di tapak pelupusan sampah sedia ada.

Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, bagi merealisasikan perkara itu, pihaknya kini sedang memikirkan kaedah terbaik dan teknologi sesuai untuk pelaksanaanya.

“Johor kini memiliki 16 tapak pelupusan sampah dan kebanyakkan daripadanya sudah hampir mencapai jangka hayat maksimum dan perlu ditutup bagi mengelak berlaku sebarang kesan sampingan lain.

"Di Johor kira-kira 47 hingga 52 peratus daripada sampah yang dihasilkan adalah terdiri daripada sisa makanan terbuang dan organik, jadi saya rasa ia boleh diurus (dirawat) dalam komuniti setempat.

"Cuma kita (kerajaan negeri) sedang mencari teknologi, pendekatan dan kos yang sesuai bagi pelaksanaan merawat sisa makanan terbuang dalam komuniti setempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Ladang Sutera FOLO di Taman Sutera Utama di sini, yang menjadi tapak pelupusan dan kitar semula sisa makanan terbuang pertama sekitar Skudai.

Hong Pin berkata, Ladang Sutera FOLO berupaya menjadi contoh dan inisiatif terbaik dalam usaha kerajaan negeri mengubah hala tuju pengurusan sistem pepejal di seluruh Johor.

"Masalah sekarang kita hadapi ialah tapak pelupusan sampah dan inisiatif dibuat pemaju Tanah Sutera Development Sdn Bhd ini wajar menjadi contoh kepada semua dan boleh dilaksanakan di kawasan lain juga.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga sudah bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada Rabu lalu dan beliau bersetuju dan membenarkan kita (kerajaan negeri) mencuba kaedah baharu ini," tambahnya.