Longkang berbau, petani dakwa tanggung rugi

Tajuddin dan Razali (kanan) menunjukkan longkang berdekatan sawah padi mengakibatkan tanaman mereka musnah. Keadaan longkang bersebelahan sawah padi yang diusahakan penduduk dekat Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani.
Tajuddin dan Razali (kanan) menunjukkan longkang berdekatan sawah padi mengakibatkan tanaman mereka musnah. Keadaan longkang bersebelahan sawah padi yang diusahakan penduduk dekat Kampung Sungai Jagung, Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Penduduk dan petani sekitar Sungai Layar di sini terpaksa berdepan kerugian akibat limpahan air kotor yang menjejaskan rumah serta sawah padi setiap kali hujan lebat.

Penduduk mendakwa, kejadian sejak dua tahun lalu itu berpunca daripada longkang di kawasan kediaman mereka yang tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga mengakibatkan banjir kilat.

Penduduk, Razali Malik, 60, mendakwa longkang berkenaan membawa sisa air dari Taman Padimas, Taman Padimas Jaya dan Taman Sri Tanjung serta kampung berdekatan.

Menurutnya, longkang dari arah Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri menghala ke arah Jalan Lencongan Barat itu mungkin tidak dapat menampung kapasiti air yang tinggi apabila hujan lebat selain dipenuhi sampah-sarap.

"Kejadian lebih teruk bermula sejak tahun lalu apabila terdapat kerja-kerja menaik taraf longkang dilakukan di kawasan sama," katanya.

Sementara itu, warga emas, Tajuddin Ibrahim, 70, mendakwa sawah padi yang diusahakan di Kampung Sungai Jagung sudah empat kali dimasuki air sejak dua tahun lalu.

Tajuddin menunjukkan kesan limpahan air ke petak sawah mengakibatkan benih padi musnah.
Tajuddin menunjukkan kesan limpahan air ke petak sawah mengakibatkan benih padi musnah.

"Petak sawah yang saya usahakan hanya bersebelahan dengan longkang dan kawasan tanaman berbau busuk serta sisa air longkang yang dipenuhi lumut masuk ke dalam petak menyebabkan benih padi musnah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Tajudin mendakwa terpaksa menanggung kerugian menanggung kerugian besar apabila berlaku limpahan limpahan air setiap kali hujan.

Jelasnya, terdapat lima petani mengusahakan tanaman padi di kawasan berhampiran membabitkan kawasan kira-kira empat hektar.

"Apabila air kotor masuk sawah padi, kami terpaksa mengupah mencuci bendang dan menunggu proses penanaman semula pada musim hadapan," katanya.

Kejadian terbaru dilaporkan berlaku pada Jumaat apabila hujan lebat mengakibatkan banjir kilat.
Kejadian terbaru dilaporkan berlaku pada Jumaat apabila hujan lebat mengakibatkan banjir kilat.

Yahya Md Noh, 73, pula mendakwa, sawah padi yang diusahakan di Kampung Haji Din sepatutnya mendapat pulangan RM5,000 bagi semusim, namun disebabkan limpahan air kotor longkang dan sisa perumahan menyebabkan kerosakan sehingga kerugian RM4,000.

"Padi rosak, ada rumah digenangi air dan setiap kali hujan lebat kena cuci, kami dah letih serta berharap ada penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini,"jelasnya.

Difahamkan, kejadian terbaru berlaku pada 1 April lalu apabila hujan lebat antara jam 10 hingga 11 malam