Air kumbahan melimpah atas jalan

Keadaan sisa air kumbahan melimpah atas jalan.
Keadaan sisa air kumbahan melimpah atas jalan.
A
A
A

SEGAMBUT - "Lebih baik bungkus makanan kalau hidung tak tahan dengan bau busuk," luah peniaga kedai makanan, Aida Ahmad 45 susulan sisa air kumbahan melimpah atas jalan di Pangsapuri Taman Megah di sini sejak seminggu lalu.

Jelas Aida, masalah itu menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan yang datang ke kedai untuk makan tengah hari.

"Saya minta maaf kemudian saya syorkan mereka bungkus, kalau hidung tahan bolehlah makan di sini.

"Tidak rugi cuma kebanyakan yang datang lebih banyak membungkus dari makan di sini," katanya.

AIDA
AIDA

Katanya, masalah itu telah diajukan kepada Indah Water Konsortium (IWK) namun belum ada kerja baik pulih dilakukan sehingga sekarang.

"Ini bukan kali pertama kumbahan tersumbat dan kebiasaannya JMB yang akan mengorek mendapan cuma kali ini mengambil masa yang lebih lama berbanding sebelumnya.

"Harap masalah ini dapat perhatian pihak berkaitan kerana menimbulkan ketidak selesaan awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi Suara Rakyat, A Ponnampalam berkata, dia kecewa apabila aduan rakyat tidak diambil tindakan segera.

"Saya guna banyak saluran aduan termasuk kepada pihak pemaju, pejabat Ahli Parlimen Segambut dan juga syarikat pembersihan untuk menyelesaikan masalah namun tiada pihak yang tampil mengambil aduan.

"Air kumbahan bertakung menyebabkan penduduk di sini terpaksa menghidu bau busuk dan menyebabkan kekotoran di kawasan perumahan itu," katanya.

Ponnampalam menunjukkan sisa air kumbahan atas jalan.
Ponnampalam menunjukkan sisa air kumbahan atas jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad memaklumkan kawasan itu bukan di bawah penyelenggaraan IWK.

"Siasatan telah di buat dan didapati sistem pembetungan di kawasan Taman Megah belum diserahkan kepada IWK iaitu milik persendirian dan di bawah tanggungjawab JMB dan penduduk.

"Sekiranya JMB atau penduduk memerlukan perkhidmatan daripada IWK, caj penyelenggaraan itu perlu ditanggung oleh mereka," katanya.