Azerbaijan: Letupan di pusat hiburan, ragut satu nyawa, 24 cedera

Pasukan penyelamat mencari melalui runtuhan berikutan letupan pada Ahad. Foto Twitter/Kementerian Situasi Kecemasan Azerbaijan.
Pasukan penyelamat mencari melalui runtuhan berikutan letupan pada Ahad. Foto Twitter/Kementerian Situasi Kecemasan Azerbaijan.
A
A
A

BAKU - Seorang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah pusat hiburan di Baku, Azerbaijan, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Letupan yang turut mencetuskan kebakaran itu berlaku di sebuah kelab malam kira-kira 3 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ehsan Zahidov berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran gas.

Kejadian itu turut menyebabkan beberapa kediaman dan kenderaan musnah. - Bernama

Artikel Berkaitan: