Dr Mahathir sindir bossku

Dr Mahathir. Foto Sinar Harian: Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas hampir tiga minggu tidak mencoret sebarang karya dalam blognya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuat naik sebuah puisi yang dipenuhi kata-kata sinis.

Lazimnya, karya Ahli Parlimen Langkawi itu agak panjang, dipenuhi maklumat dan pandangan beliau dalam pelbagai isu namun coretan kali ini agak berbeza - pendek, penuh sindiran dan disulami beberapa perkataan ‘curi’.

Sekali baca, mungkin boleh diagak puisi tersebut ditujukan kepada siapa namun selagi tiada nama disebut maka boleh jadi ia ditujukan kepada sesiapa sahaja bak kata pepatah, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Berikut adalah karya terbaru Dr Mahathir yang dimuat naik dalam blog beliau:

Aku curi. Apa nak malu.

Apatah lagi aku boss kamu.

Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.

Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.

Nak malu apa. Bossku.

Bangsaku tak perlu malu.

Curilah...

Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.

Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.

Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.

BUDAYA BARU, 22 Mac 2019 Aku curi. Apa nak malu. Apatah lagi aku boss kamu. Tak perlu kamu malu kerana boss kamu...

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Friday, March 22, 2019


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia