Statut Rom: Fakta diberikan kerajaan seolah-olah berlainan

Status yang dimuat naik oleh Tengku Mahkota Johor di laman Facebook hari ini.
Status yang dimuat naik oleh Tengku Mahkota Johor di laman Facebook hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat kekeliruan dalam penjelasan kerajaan kepada rakyat mengenai kaedah perundangan, Statut Rom yang mahu dipersetujui.

Menurutnya, perkara itu dilihat berbeza setelah baginda dan ayahanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima pelbagai makluman daripada pakar.

“Ramai pakar berjumpa Tuanku dan saya untuk memberi pelbagai fakta dan pendapat mengenai Statut Rom.

“Ia seolah-olah berlainan dari apa yang kita dengar dari berita yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya menerusi laman Facebooknya, di sini, hari ini.

Tunku Ismail berkata, sebaik mendengar fakta daripada pakar-pakar yang telah meneliti Statut Rom, barulah pihaknya faham mengapa banyak negara tidak menandatanganinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi penyertaan Malaysia ke Statut Rom

ARTIKEL BERKAITAN: Statut Rom undang tiga masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Statut Rom: Kedudukan Agong terpelihara: Saifuddin

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, putera sulong Sultan Johor itu dilihat vokal memperjuangkan isu berkenaan kerana dilihat akan mempengaruhi kedudukan institusi diraja yang selama ini dijaga.

“Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ini digubal oleh United Nations, siapa yang mendapat faedah daripadanya? Hanya beberapa kuasa besar.

“Bagaimana mereka itu tidak pernah mempersoalkan apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan bagaimana rakyat tersebut menderita? titah baginda.

Baginda bertitah, ia tidak bagus buat Raja-Raja, Melayu dan Islam.

"Tanpa anda menyedari, kita selaku orang Melayu telah mempermudahkan mereka untuk mencapai matlamat dan agenda mereka,” katanya.