Rusia nafi Putin jalani pembedahan kanser tiroid

Putin - Foto AFP
Putin - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak pernah menjalani pembedahan kanser tiroid seperti dakwaan yang tersebar sebelum ini.

Penafian itu dibuat oleh Jurucakap Moscow, Dmitry Peskov baru- baru ini.

"Fiksyen dan tidak benar,” kata Peskov seperti dipetik oleh wartawan veteran, Alexei Venediktov di saluran aplikasi Telegramnya.

"Adakah saya memahami bahawa Vladimir Putin tidak menghidap kanser?" tanya Venediktov.

"Betul," kata Peskov yang memberikan jawapan kepada wartawan tersebut.

Penafian itu dibuat ketika Perang Ukraine masih lagi berlaku yang menyaksikan tentera negara itu bertempur dengan tentera Rusia.

Isu mengenai sama ada Putin menjalani pembedahan tiroid itu timbul semula selepas tersebarnya laporan daripada media bebas Rusia, Proekt yang menimbulkan syak wasangka terhadap kesihatan Putin.

Menurut siasatan Proekt, sekumpulan doktor hospital Presiden Rusia termasuk jururawat mungkin telah melakukan pembedahan ke atas Putin pada November 2016.

Artikel Berkaitan:

Proekt berkata, rekod menunjukkan pakar bedah dan pakar dalam kanser tiroid telah menghabiskan masa selama 166 hari antara tahun 2016 dan 2019 di kediaman Putin. - Agensi