Sila log masuk terlebih dahulu.

Masjid dipenuhi jemaah tunai solat tarawih

Masjid Bandar Baru Air Itam dipenuhi jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih pertama.
Masjid Bandar Baru Air Itam dipenuhi jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih pertama.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Masjid Bandar Baru Air Itam di sini kembali 'meriah' apabila ruang solat di kedua-dua tingkat masjid berkenaan dipenuhi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat tarawih pertama pada malam Sabtu.

Tinjauan mendapati, selain jemaah dewasa, jemaah kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun turut kelihatan bersama-sama ibu bapa mereka untuk menunaikan solat tarawih.

Keadaan masjid kelihatan berseri apabila ruang solat dipenuhi jemaah yang bersolat tanpa penjarakan (rapat saf).

Bagaimanapun, semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka ketika bersolat dan membawa sejadah masing-masing.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang membenarkan solat tarawih diadakan sebanyak lapan rakaat manakala 20 rakaat adalah digalakkan.

Jemaah dibenarkan menunaikan solat tanpa penjarakan namun perlu memakai pelitup muka.
Jemaah dibenarkan menunaikan solat tanpa penjarakan namun perlu memakai pelitup muka.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, mereka dibenarkan menunaikan solat, namun perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksin.

Semua jemaah tanpa had umur dan telah menerima dua dos vaksin juga dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

Pelaksanaan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan dan penggunaan sejadah besar adalah digalakkan.

Selain itu, kerajaan Pulau Pinang juga memutuskan agar semua aktiviti pengimarahan termasuk majlis berbuka puasa; moreh; sahur; tadarus Al-Quran, Qiamullail serta kutipan zakat fitrah secara bersemuka dibenarkan.

Pekeliling itu berkuatkuasa mulai solat subuh 1 April sehingga arahan baharu dikeluarkan.