Sila log masuk terlebih dahulu.

Najis tikus, lipas di kilang proses soya

02 April 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 APRIL 2022

Sepasukan penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menemui najis tikus di meja tempat letak produk ketika menyerbu sebuah kilang memproses produk berasaskan soya di Batu Lanchang, Georgetown Pulau Pinang, laporan wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Setelah pemeriksaan lanjut dijalankan, pihak penguatkuasa menemui haiwan perosak itu di stor tempat penyimpanan bahan kering di premis berkenaan.

Selain itu, beberapa buah mesin memproses kacang soya juga didapati berkarat dan berlendir dipercayai tidak diselenggara dengan baik.

Lebih memualkan, pemeriksaan juga mendapati, kedudukan tandas yang tidak berpintu di premis itu terletak berhampiran dengan kawasan pemprosesan produk makanan berkenaan.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian