Kereta rasmi mufti Perlis dibakar

A
A

Kereta rasmi mufti Perlis dibakar

Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan.

Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi hari ini.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman Mohd Asri sekitar jam 6.05 pagi tadi dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat berikutan terdapatnya kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kereta akibat dibaling botol berisi petrol untuk tujuan membakar,” katanya yang menjelaskan pihak berkuasa sedang menyiasat secara terperinci kejadian itu.

Dana Bersatu: Wan Saiful cadang potong gaji ahli parti

Pucuk pimpinan Bersatu, dicadang mempertimbangkan mekanisme potongan gaji bagi anggota parti yang memegang jawatan dalam kerajaan dan agensi kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan dana yang membelenggu parti itu.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, gaji menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan anggota lembaga pengarah pelbagai agensi boleh dipotong mengikut peratusan tertentu setiap bulan bagi tujuan itu.

Dana yang dikumpulkan parti itu nanti akan membolehkan pemimpin di peringkat akar umbi parti terus bekerja memberi khidmat kepada rakyat.

Katanya, potongan gaji seumpama itu turut diamalkan PKR dan DAP yang mana peratusan tertentu gaji ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu dipotong dan disalurkan untuk kelangsungan operasi parti.

Mahkamah tetap 3 April sebutan semula kes SRC Najib

Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes Najib Razak yang menghadapi 7 pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hakim Nazlan Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara kes bagi menunggu rayuan beliau berhubung permohonan interlokutori di Mahkamah Persekutuan.

Semalam panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan berkata, terdapat kemungkinan perbicaraan kes itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu baru di hadapan mahkamah dan menegaskan tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan oleh Najib.

Panel itu menolak 3 daripada 4 rayuan yang dikemukakan oleh Najib dan bekas perdana menteri itu kemudian menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

2,060kg dadah lebih RM100 juta catat rekod rampasan terbesar polis

Polis bersama 2 lagi agensi penguatkuasaan merampas 2,060kg dadah disyaki syabu yang bernilai RM103.2 juta, hasil penahanan 6 anggota sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa di Ulu Tiram, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohmad Salleh berkata, rampasan terbesar dalam sejarah polis itu susulan 3 serbuan antara 7.30 hingga 10 pagi.

Katnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Desa Cemerlang yang menyaksikan 3 lelaki tempatan berusia 35 dan 48 tahun ditahan bersama 2.06 tan dadah disyaki syabu.

Syabu itu yang disimpan dalam kontena dibungkus menggunakan bungkusan teh Guanyinwang bagi menggaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dunia menangis bersama kami: Imam Masjid Al Noor, Christchurch

Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda berkata, serangan yang menyebabkan 50 orang jemaah di dua masjid terbunuh di Christchurch minggu lalu telah merobek perasaan jutaan penduduk dunia.

Masjid Al Noor antara salah satu masjid yang diserang oleh seorang lelaki bersenjata minggu lalu.

Malah, masjid itu menyaksikan ramai mangsa yang terkorban.

Katanya, pengganas ini cuba meruntuhkan negara dengan ideologi jahat yang telah merobohkan dunia tetapi sebaliknya kita telah menunjukkan bahawa New Zealand tidak dapat dipecahkan.

Hadir sama Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan bintang All Black, Sonny Bill Williams.