Beli rumah dapat Proton X70 percuma

Hock San (lima dari kiri) bergambar bersama para pemenang, Chong Ai Li (dua dari kiri) dan Hanif (empat dari kiri) selepas majlis penyampaian hadiah LBS Fabulous 20-21 di sini pada Sabtu.
Hock San (lima dari kiri) bergambar bersama para pemenang, Chong Ai Li (dua dari kiri) dan Hanif (empat dari kiri) selepas majlis penyampaian hadiah LBS Fabulous 20-21 di sini pada Sabtu.
A
A
A

CYBERJAYA - Pegawai khidmat pelanggan, Hanif Abd Rahman, 34, muncul pemenang cabutan bertuah utama pusingan ke-2 LBS Bina Group Berhad (LBS) Fabulous 20-21 yang membolehkan beliau membawa pulang sebuah kereta Proton X70.

Hanif berkata, kemenangan tidak diduga itu berlaku selepas percubaannya pada pusingan pertama gagal.

“Alhamdulillah, rezeki saya selepas dapat beli kondominium LBS Alam Perdana berharga RM300,000, tak sangka pula dapat kereta percuma melalui cabutan bertuah.

“Saya terkejut bila LBS memberitahu nama saya tersenarai sebagai pemenang utama di dalam Facebook,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah di KITA@Cybersouth di sini pada Sabtu.

Menurut Hanif, kereta itu akan dihadiahkan kepada isterinya, Siti Aminah Mohamad yang banyak menyokongnya selama ini.

“Buat masa ini tak terfikir nak jual kereta ini kerana kami rancang nak bawa pulang ke kampung raya akan datang," katanya yang mempunyai dua cahaya mata berusia lima dan dua tahun.

Seorang lagi pemenang Chong Ai Li, 36, yang memenangi sebuah Proton Exora berhasrat membawa ibu bapanya bercuti menggunakan kenderaan itu.

“Memang ada rancang nak beli kenderaan pelbagai guna (MPV), akhirnya dapat masa cabutan bertuah LBS Fabulous dan ini rezeki keluarga saya,” katanya yang bekerja sebagai konsultan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ai Li, sebelum ini telah dia membeli sebuah kondominium ‘Prestige Residence’ di Bukit Jalil bernilai RM700,000

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS telah memberikan ganjaran hadiah bernilai RM 1.16 juta kepada 1,200 pembeli rumah yang bertuah.

Menurutnya, kesemua pemenang diumumkan menerusi Facebook LBS pada 28 Mac lalu.

“Cabutan bertuah ini diharap dapat memberi pengalaman istimewa kepada pembeli rumah kami,” katanya

Tambahnya lagi, LBS akan terus menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan objektifnya mahu memberi kualiti hidup sempurna kepada pelanggan.