Bahaya bayi 6 bulan minum air kosong

IMG_20190322_134710
IMG_20190322_134710
A
A
A
WATER intoxication boleh berlaku apabila bayi berusia kurang dari 6 bulan diberi air melebihi keperluannya (70 - 80 peratus).

Kepekatan sodium dalam darah menjadi cair. Bayi boleh mendapat sawan tanpa demam.

Perkongsian kes:

Saya jumpa kes ada seorang bayi yang umurnya hampir 7 bulan, yang sawan tanpa demam.

​​​Cerita sebenar neneknya telah memberikan air masak dalam 15 - 30 ml setiap kali selepas minum susu formula.

Jika dalam sehari bayi mendapat dalam 120 - 180 ml air masak daripada lahir atas alasan si kecil itu minum susu formula, bukan susu ibu.

Jadi susu formula ini panas katanya dan perlu dibilas dengan air masak.

Bayi selalu dapat najis yang cair dan bila hendak memulakan belajar mendapat makanan, mereka menolak.

Maka bayi belum mulakan complementary food lagi.
Artikel Berkaitan:


Kemudian suatu hari bayi ini dimasukkan ke hospital kerana sawan tanpa demam dan lumbar puncture juga telah dibuat di mana semua keputusan adalah normal.

Hanya yang tak normal adalah kandungan garam dalam darahnya yang hanya 125 semasa admission date dan improving kepada 130 selepas 24 jam dimasukkan ke wad.

Penerangan :

Water intoxication berlaku apabila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuhnya.

Tubuh manusia mengandungi 70 hingga 80 peratus air dan susu ibu atau susu formula mempunyai kandungan air sekitar 85 peratus.

Maka jika bayi kurang daripada 6 bulan, diberikan tambahan air masak selepas minum susu...akan menyebabkan kepekatan garam sodium (Na) dlm darahnya mencari cair (diluted).

Cuba kalian buat ujian daging ayam disimpan dalam larutan yang cair.

​​​​​Sel-sel daging akan jadi segah (kembang) bukan?

Bila sel-sel berada dalam medium yang cair, sel kembang dan ini kita panggil edema dalam bahasa perubatan.

Bila sel-sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair (bermakna garam galian menjadi diluted), ia akan mengembang dan bayi akan sawan.

Sumber: Dr Pakar Kanak-kanak Adda