Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah.
Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah.
A
A
A

MARANG - Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran berlaku di Tok Fakir di sini, hari ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu menyebabkan kediaman Wan Mohd Rudin Wan Yaacob, 51, dan isterinya, Nuzaimah Abdulllah, 46, tinggal bersama enam anak serta bapa mereka, Abdullah Jusoh, 74, musnah sama sekali.

Wan Mohd Rudin berkata, sebelum kejadian, dia berada di kebun lada miliknya berdekatan rumah itu dan sudah menjadi kebiasaannya membuat tinjauan di situ pada waktu pagi kerana bekerja di waktu siang

“Masa itu lebih kurang jam 2 pagi. Saya biasa berada di kebun pada masa itu kerana pada waktu siang saya bekerja. Saya mengakui ada perkara pelik berlaku semasa saya berada di kebun.

"Sebelum pulang tiba-tiba botol yang tergantung bergoyang-goyang seolah olah ditiup angin sedangkan pada waktu itu tiada angin malah hanya satu botol itu yang bergerak seperti ditiup angin.

"Memang pelik tetapi saya abaikan sahaja dan terus pulang ke rumah sehinggalah rumah saya terbakar ketika kami semua sedang tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tok Fakir, hari ini.

Bagaimanapun katanya, mereka tetap bersyukur kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa walaupun sedih kerana semua barang dan dokumen penting termasuk geran tanah musnah.

“Saya cuba juga padamkan api tetapi api marak dengan cepat dan tak mampu untuk dipadamkan. Yang penting semua ahli keluarga selamat dan berjaya keluar dari rumah pada masa itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yahaya Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Wan Mohd Rudin (tengah) ketika menerima lawatan pegawai kerajaan dan pihak JKM.
Wan Mohd Rudin (tengah) ketika menerima lawatan pegawai kerajaan dan pihak JKM.