Tak sempat jual lotong Cengkong

Seekor anak lotong Cengkong dirampas Perhilitan dalam operasi di sebuah rumah kedai di Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.
Seekor anak lotong Cengkong dirampas Perhilitan dalam operasi di sebuah rumah kedai di Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hasrat untuk mengaut untung dengan menjual seekor lotong Cengkong tidak kesampaian selepas cubaan itu digagalkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sini pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan di sebuah premis rumah kedai kira-kira jam 5.15 petang.

"Rampasan ini dilakukan kerana pemilik premis gagal mempamerkan dokumen penyimpanan dan penjualan hidupan liar terbabit daripada Jabatan Perhilitan.

"Siasatan awal mendapati hidupan liar disyaki anak lotong Cengkong itu dipercayai akan dijual oleh pemiliknya warga tempatan berusia 20 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, anggaran nilai bagi hidupan liar itu adalah RM1,000.

Katanya, rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 63 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

Abdul Kadir juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penjualan hidupan liar secara haram agar menghubungi Talian Hotline Jabatan Perhilitan di 1800-88-5151 untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: