ADUN wanita pakai selendang tanda solidariti

ADUN wanita bukan muslim memakai selendang ketika sesi Sidang DUN di Dewan Negeri Selangor hari ini.
ADUN wanita bukan muslim memakai selendang ketika sesi Sidang DUN di Dewan Negeri Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Negeri Selangor hari ini diserikan dengan kehadiran ADUN-ADUN wanita bukan muslim yang mengenakan selendang pelbagai warna di kepala.

Rata-rata mereka mengenakan selendang sebagai tanda solidariti kepada mangsa serta umat Islam di Christchurch, New Zealand susulan insiden tembakan rawak yang berlaku di dua buah masjid sehingga mengorbankan 50 individu.

ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, beliau terpanggil untuk memakai selendang sebagai tanda keprihatinan terhadap apa yang berlaku.

"Kita mengutuk perbuatan kejam dilakukan dan bersimpati dengan mangsa serta keluarga terlibat.

"Hati kita memang bersama mereka dan ini cara kita menzahirkan solidariti buat mereka," katanya.

Kesemua ADUN wanita di Selangor merakamkan gambar bersama selepas Sidang DUN ditangguhkan sebentar tengah hari tadi.
Kesemua ADUN wanita di Selangor merakamkan gambar bersama selepas Sidang DUN ditangguhkan sebentar tengah hari tadi.

Sementara itu, ADUN Balakong, Wong Siew Ki, menyifatkan pemakaian selendang itu sebagai sokongan kecil buat mangsa-mangsa tragedi di Christchurch.

"Dalam sesetengah perkara, memang kita tak mampu berbuat apa-apa.

Artikel Berkaitan:

"Jadi ini antara inisiatif yang kita boleh buat walaupun dari jauh... tanda sokongan buat keluarga mangsa bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi masa-masa sukar ini," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, inisiatif mengajak wanita memakai tudung pada hari Jumaat itu disebarkan di New Zealand sebagai solidariti kepada semua mangsa serangan terbabit.