Bekalan air di Perak mencukupi: LAP

Abdul Yunus Jamhari
Abdul Yunus Jamhari
A
A
A

IPOH - Bekalan air untuk kegunaan domestik di Perak mencukupi biarpun negara berdepan cuaca panas berikutan peningkatan suhu.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, operasi bekalan air yang dikendalikan Lembaga Air Perak (LAP) berjalan seperti biasa dan pengeluaran air juga pada tahap normal.

Katanya, jumlah takungan air di empangan yang berada di bawah kawalan LAP juga berada pada paras normal.

"Paras air di Empangan Sultan Azlan Shah berada pada paras 241.21 meter (m) dengan kapasiti takungan sebanyak 85 peratus, manakala paras Empangan Air Kuning berada pada paras maksimum iaitu 42.5m dengan kapasiti takungan maksimum 42.52m.

"Bagaimanapun LAP ingin mengingatkan semua pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan elakkan pembaziran walaupun bekalan air mencukupi," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditemui merasmikan Sambutan Hari Air Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Yunus berkata, jika terdapat sebarang kebocoran paip, orang ramai diminta memaklumkan segera kepada LAP menerusi talian bebas tol, 1-800-88-7788.

Artikel Berkaitan: