Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit susut daripada pengukuhannya apabila ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat ketika pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan prospek ekonomi global yang suram. Foto hiasan
Ringgit susut daripada pengukuhannya apabila ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat ketika pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan prospek ekonomi global yang suram. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit susut daripada pengukuhannya apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan prospek ekonomi global yang suram, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.2110/2135 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2055 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut peniaga, harga minyak meningkat pada Jumaat menjelang pertemuan negara-negara terbabit bagi membincangkan pengeluaran minyak simpanan kecemasan baharu berserta rancangan yang dicadangkan oleh AS.

Seorang peniaga lain pula berkata sebahagian besar aktiviti perkilangan Asia lebih perlahan pada Mac berikutan penyusutan permintaan China dan peningkatan kos bahan mentah akibat krisis di Ukraine yang terus menambah tekanan terhadap syarikat-syarikat yang telah sedia terjejas akibat gangguan rangkaian bekalan.

Pada bulan lepas, aktiviti perkilangan China susut pada tahap paling pantas dalam tempoh dua tahun berikutan kemunculan semula kes jangkitan COVID-19 di peringkat domestik dan impak krisis Rusia-Ukraine yang mencetuskan penurunan dan permintaan secara mendadak, katanya.

Dalam pada itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.5286/5319 daripada 5.5158/5197 pada Khamis namun mengukuh berbanding euro kepada 4.6557/6584 daripada 4.6698/6732 sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1061/1082 daripada 3.1033/1060 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.4376/4399 daripada 3.4472/4502, sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: