‘Kami juga ada perasaan’

Wakil-wakil daripada Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome (BBS) dan Persatuan Sindrom Down Malaysia sanggup hadir ke perbicaraan kes mahkamah Bella bagi memberi sokongan moral kepada saksi.
Wakil-wakil daripada Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome (BBS) dan Persatuan Sindrom Down Malaysia sanggup hadir ke perbicaraan kes mahkamah Bella bagi memberi sokongan moral kepada saksi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang remaja penghidap sindrom down, Muhamad Luqman Nazim Muhamad Fadzli, 18 mengakui luluh hatinya saat mengetahui tentang kes penderaan yang berlaku terhadap Bella.

Muhamad Luqman Nazim berkata, golongan orang kurang upaya (OKU) juga mempunyai hati dan perasaan dan tidak seharusnya diperlakukan dengan kejam.

“Kami juga ada perasaan, jangan ingat kami ini tidak ada (perasaan). Bila saya tahu Bella kena pukul, saya rasa sangat marah, geram dan sedih.

“Saya berharap penjenayah yang memukul dan mendera Bella dijatuhkan hukuman dengan cepat. Hukum cukup-cukup, biar dia (pendera) rasa sakit,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Muhamad Luqman
Muhamad Luqman

Muhamad Luqman dalam pada itu sempat memberikan kata-kata semangat untuk Bella agar terus kuat.

“Keep strong," pesannya ringkas.

Bella didakwa dicederakan oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hingga mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama pada tubuhnya pada 6 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu telah mengabaikannya dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Muhamad Luqman bersama wakil-wakil daripada Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome (BBS) dan Persatuan Sindrom Down Malaysia hadir ke perbicaraan kes Bella pada Jumaat bagi memberikan sokongan moral kepada saksi kejadian.

Anak-anak daripada BBS yang hadir dari negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Anak-anak daripada BBS yang hadir dari negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Sementara itu, ibu kepada Muhamad Luqman, Farah Nazim Bulya Nazim, 43, berkata, tidak seharusnya wujud kes penderaan ke atas kanak-kanak, lebih-lebih lagi golongan OKU sama ada oleh individu atau mana-mana pusat jagaan.

"Saya nampak situasi ini seolah-olah mereka menjadikan golongan OKU sebagai alat dan boneka. Kita menuntut supaya dapat keadilan buat anak yang senasib macam Bella yang tidak mempunyai keluarga.

“Jadi suara hati ibu bapa yang ada anak istimewa inilah yang boleh beri sokongan moral untuk cari siapa pelaku yang berbuat kejam ke atas tubuh Bella,” jelasnya.