Perlu kajian bas mini sebagai alternatif terus perkhidmatan percuma

Ng Sze Han
Ng Sze Han
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang mengkaji keperluan untuk menggunakan bas mini sebagai tambahan perkhidmatan bas Smart Selangor dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, cadangan penggunaan bas mini ini akan dibuat di laluan yang tidak ramai penumpang tapi sangat memerlukan perkhidmatan bas percuma.

"Terdapat beberapa laluan kampung serta kawasan yang kita sudah kenal pasti ada permintaan terhadap perkhidmatan ini.

"Jadi kita akan kekalkan perkhidmatan bas percuma ini dengan menggunakan bas lebih kecil, sekali gus dapat kurangkan kos, " katanya pada sidang akhbar di lobi Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Terdahulu, ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong (DAP-Teratai) membangkitkan isu terbabit dalam Sidang DUN hari ini.

Sze Han berkata, Majlis Perbandaran Sepang juga kini dalam perbincangan dengan operator-operator bas yang boleh membekalkan perkhidmatan bas yang lebih kecil.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita akan mulakan perkhidmatan bas percuma dengan menggunakan bas mini di Sepang melibatkan laluan dari Sungai Pelek ke Bangi atau kawasan sekitar, " katanya.

Artikel Berkaitan: