Piala Thomas: Malaysia diundi bersama Jepun, England, New Zealand

Piala Thomas/Uber 2022 akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 8 hingga 15 Mei ini. - Foto BWF
Piala Thomas/Uber 2022 akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 8 hingga 15 Mei ini. - Foto BWF
A
A
A

MALAYSIA diundi berada dalam satu kumpulan bersama naib juara Piala Thomas 2018, Jepun, pada kejohanan dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand, dari 8 hingga 15 Mei ini.

Undian yang berlangsung secara maya pada Jumaat memberikan peluang kepada Malaysia untuk menebus kekalahan 1-4 kepada pasukan pilihan kedua itu pada peringkat kumpulan tahun lalu, selepas kedua-dua pasukan diundi sekali lagi berada dalam Kumpulan D.

Selain Jepun, pasukan Malaysia yang merupakan pilihan keenam kejohanan badminton paling berprestij itu dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengatasi England dan New Zealand yang juga berada dalam kumpulan sama, bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Pilihan utama kejohanan yang juga merupakan penyandang juara edisi lalu iaitu Indonesia pula akan mengetuai Kumpulan A bersama Korea, tuan rumah Thailand dan Singapura.

Juara 10 kali yang juga pilihan ketujuh kejohanan iaitu China diundi bersama Denmark, Perancis dan Algeria.

Bagaimanapun laluan sukar menanti pasukan Piala Uber negara apabila diundi dalam Kumpulan C bersama tuan rumah Thailand l, Denmark dan Mesir.

Juara bertahan China pula diundi bersama Taiwan, Sepanyol dan Australia dalam Kumpulan B.

Naib juara edisi lalu, Jepun diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia Perancis dan Jerman.

Artikel Berkaitan:

Mengikut format kejohanan, dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber akan layak ke suku akhir.

Malaysia merangkul Piala Thomas lima kali iaitu pada 1949, 1955, 1967 dan 1992.

Bagaimanapun pasukan wanita negara tidak pernah menjuarai Piala Uber sejak ia dimulakan pada 1957 di England.

Undian Piala Thomas:

Kumpulan A - Indonesia, Korea, Thailand, Singapura

Kumpulan B - Denmark, China, Perancis, Algeria

Kumpulan C - Taiwan, India, Jerman, Canada

Kumpulan D - Jepun, Malaysia, England, New Zealand

Undian Piala Uber:

Kumpulan A - Jepun, Indonesia, Jerman, Perancis

Kumpulan B - China, Taiwan, Sepanyol, Australia

Kumpulan C - Thailand, Denmark, Egypt, Malaysia

Kumpulan D - Korea, India, Kanada, Amerika Syarikat