Kertas Putih KKM dibentang di Parlimen tidak lama lagi

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kementerian Kesihatan di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kementerian Kesihatan di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyediakan Kertas Putih berhubung reformasi sistem kesihatan negara untuk dibentangkan di Parlimen, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

"Dokumen ini dibangunkan dan akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi agar segala saranan serta reformasi kesihatan yang dirancang kalis masa depan.

"Ini bermakna segala saranan dan reformasi kesihatan akan tetap dilaksanakan tidak kira siapa yang menerajui kementerian ini pada masa depan,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KKM 2021 di sini hari ini.

Dengan adanya Kertas Putih itu, Khairy berharap perkhidmatan KKM kepada pelanggan, skop tugasan dan kebajikan warga KKM dapat ditambah baik.

Beliau berkata Kertas Putih yang dibangunkan setelah dicadangkan pada 15 Januari lepas diharap mendapat sokongan bipartisan apabila dibentangkan di Parlimen nanti.

Menyentuh peranan warga KKM di semua kemudahan kesihatan kerajaan, Khairy berkata selaras dengan slogan ‘Kami Sedia Membantu’, semua pihak perlu menjalankan tugas sebaik mungkin serta bersedia untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran.

"Kita (warga KKM) tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian. Jangkaan pelanggan (rakyat) terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan kita perlu melaksanakan pembaharuan berterusan agar memenuhi permintaan dan harapan rakyat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: