Tak mengaku ugut isteri guna parang

Muhammad Saifuddin dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang pekerja kedai barangan sukan mengaku tidak bersalah di mahkamah majsitret di sini, semalam, atas tuduhan mengugut isterinya menggunakan parang, dua minggu lalu.

Muhammad Saifuddin Mohd Isa, 24, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Muhammad Saifudin didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Nurul Asyikin Seman, 21, dengan menggunakan sebilah parang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Kandang di sini, lebih kurang jam 12.30 tengah hari, pada 10 Mac 2019.

Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan ke atas Muhammad Saifudin.

Muhammad Saifudin yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan isteri tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 22 Mei depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.