Hanya bayar RM60 untuk RTK-Antigen masuk ke Sabah

Hajiji menyampaikan sijil kepada industri terlibat dalam TSAM sempena pelancarannya bagi Sabah di SICC, Kota Kinabalu, pada Khamis.
Hajiji menyampaikan sijil kepada industri terlibat dalam TSAM sempena pelancarannya bagi Sabah di SICC, Kota Kinabalu, pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menetapkan bayaran hanya RM60 untuk ujian RTK-Antigen bagi pelancong asing dan tempatan yang memasuki Sabah sempena pembukaan semula sempadan negara bermula pada Jumaat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu diyakini merancakkan semula industri pelancongan di negeri tersebut selepas dilanda pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

"Esok sudah mula buka sempadan negeri dan kita harap lebih ramai pelancong datang ke Sabah seperti sebelum pandemik Covid-19.

"Kerajaan negeri telah memutuskan, individu yang masuk ke Sabah hanya dikenakan bayaran ujian RTK sebanyak RM60," katanya mengulas mengenai pembukaan semula sempada negara bermula Jumaat selepas menyempurnakan pelancaran Travel Safe Alliance Malaysia (TSAM) bagi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata, ia baik untuk industri pelancongan di Sabah dengan keputusan hanya mengenakan RM60 kepada setiap pelancong yang masuk ke negeri itu.

"Walaupun di Persekutuan menetapkan RM160 tetapi di peringkat negeri Sabah hanya tetapkan RM60.

"Jadi ini sesuatu yang saya rasa amat sesuai dan melegakan pelancong yang datang kerana kita mahu industri pelancongan terus berkembang setelah dua tahun mengalami masalah industri pelancongan," katanya.

Artikel Berkaitan: