Enam dalang sindiket 'ah long' dicekup

Enam individu yang ditahan disyaki terlibat dalam sindiket 'ah long' di Bachang awal bulan ini.
Enam individu yang ditahan disyaki terlibat dalam sindiket 'ah long' di Bachang awal bulan ini.
A
A
A

MELAKA - Enam individu termasuk seorang wanita yang menjadikan rumah sebagai markas sindiket pinjaman wang tanpa lesen sejak Februari tahun lalu dicekup polis pada awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mereka yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat di Bachang itu berusia 20 hingga 26 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas rumah itu menemui 600 keping gegantung tertera iklan pemberi pinjaman wang, 24 buah telefon bimbit, 17 keping kad pengeluaran wang automatik (ATM), 10 fail tercatat maklumat peminjam dan tiga buah komputer riba.

"Turut dirampas empat buah kenderaan berserta kunci yang dipercayai digunakan dalam sindiket itu.

Sebahagian daripada barangan yang dirampas termasuk telefon bimbit, komputer riba dan fail dalam serbuan itu.
Sebahagian daripada barangan yang dirampas termasuk telefon bimbit, komputer riba dan fail dalam serbuan itu.

"Telefon bimbit yang dirampas daripada suspek turut menemukan rakaman perbualan dan komunikasi antara suspek dengan peminjam untuk menuntut hutang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan mendapati mereka menerima gaji antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan bagi membantu menjalankan aktiviti itu dengan mencari peminjam.

"Mereka juga melakukan kerja menuntut hutang dari pelanggan sama ada melalui panggilan atau aplikasi WhatsApp selain menggantung gegantung pinjaman wang tanpa lesen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 29AA Akta Pinjaman Wang 1951 atas kesalahan membantu menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.