Rusia umum gencatan senjata di Mariupol

Rusia mengumumkan gencatan senjata akan dikuatkuasakan bagi memudahkan perpindahan penduduk awam dari bandar Mariupol. - Foto AP
Rusia mengumumkan gencatan senjata akan dikuatkuasakan bagi memudahkan perpindahan penduduk awam dari bandar Mariupol. - Foto AP
A
A
A

MARIUPOL - Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan satu gencatan senjata tempatan, pada Khamis bagi membolehkan orang awam dipindahkan dari bandar pelabuhan Mariupol yang terkepung di Ukraine.

Sebuah koridor kemanusiaan dari Mariupol ke Zaporizhzhia melalui pelabuhan Berdiansk yang dikawal Tentera Rusia akan dibuka mulai jam 10 pagi waktu tempatan, kata kementerian tersebut pada Rabu.

"Bagi (memastikan) operasi kemanusiaan ini berjaya, kami mencadangkan untuk melaksanakannya dengan penyertaan langsung daripada Suruhajaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)," kata kenyataan kementerian itu.

Kiev juga diminta untuk menjamin gencatan senjata berlangsung tanpa syarat melalui pemberitahuan bertulis kepada pihak Rusia, UNHCR dan ICRC.

Moscow juga meminta Tentera Ukraine komited untuk memastikan keselamatan konvoi bas di sepanjang koridor yang telah ditetapkan.

Kementerian itu juga berkata ia telah bersetuju dengan cadangan daripada Ukraine untuk membuka empat koridor kemanusiaan baharu dalam tempoh 24 jam dari Mariupol ke Zaporizhzhia. - AFP

Artikel Berkaitan: