Tentera Rusia musnahkan 124 pesawat milik Ukraine

Gambar fail menunjukkan kereta kenbal milik tentera Rusia di pinggir bandar Mariupol, Ukraine. - Foto Reuters
Gambar fail menunjukkan kereta kenbal milik tentera Rusia di pinggir bandar Mariupol, Ukraine. - Foto Reuters
A
A
A

KIEV - Tentera Rusia melakukan serangan ketepatan tinggi sehingga mampu memusnahkan sebuah sistem peluru berpandu S-300P di negara berkenaan, baru-baru ini.

Video yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu menunjukkan kedudukan sistem peluru berpandu S-300PS mudah alih yang musnah dan terbakar serta serpihannya yang bertaburan setelah terkena tembakan tepat tersebut.

Rakaman itu turut memaparkan pos arahan dan kenderaan pemunggah terbakar serta menara sistem yang rosak.

Pada Rabu lalu, jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, sebanyak 124 pesawat dan 77 helikopter, 321 dron, 214 sistem peluru berpandu antipesawat dan 1,750 kereta kebal serta kenderaan berperisai telah musnah sejak pelancaran operasi ketenteraan khas Tentera Rusia dilakukan.

Turut ditembak jatuh ialah sebuah pesawat Su-400 milik Tentera Ukraine semasa pertempuran udara di kawasan Tumen, wilayah Roven berhampiran sempadan Ukraine-Belarus.

Menurut Konashenkov, sistem pertahanan udara Rusia juga memusnahkan 10 pesawat tanpa pemandu milik Tentera Ukraine di kawasan Izyum, Novaya Kakhovka, Donetsk, Nikolaev, Berdyansk, Gorlovka, Lugansk dan Rubizhnoe dalam tempoh sehari.

Tentera Rusia menyerang Ukraine atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 24 Februari lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: