Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

Sebanyak 37.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Rabu - Gambar hiasan
Sebanyak 37.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Rabu - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Rabu.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,622 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,758,429 individu atau 67 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 51,867 dos vaksin telah diberikan pada Rabu melibatkan 4,949 suntikan pertama, 1,438 suntikan lengkap dan 45,480 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 33 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan Johor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes diikuti Kuala Lumpur dan Perak empat kes manakala Sarawak dan Pahang pula masing-masing mencatatkan tiga kes.

Selain itu, Pulau Pinang dan Selangor merekodkan dua kes manakala masing-masing satu kes di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: