Gempa kuat melanda Kepulauan Loyalty

Kedudukan gempa bumi berskala 6.5 Richter yang melanda tenggara Kepulauan Loyalty pada awal pagi Khamis.
Kedudukan gempa bumi berskala 6.5 Richter yang melanda tenggara Kepulauan Loyalty pada awal pagi Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km.

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: