Covid-19: 33 kematian baharu, 11 BID

KKM melaporkan sebanyak 33 kematian baharu Covid-19 termasuk 11 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID).
KKM melaporkan sebanyak 33 kematian baharu Covid-19 termasuk 11 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID).
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 33 kematian baharu Covid-19 termasuk 11 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID).

KKM turut melaporkan, sebanyak 15,773 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan 168 kes merupakan kes import.

Johor dan Kedah mencatatkan enam kematian diikuti Perak, Kuala Lumpur (empat); Pahang, Sarawak (tiga); Penang dan Selangor (dua); Kelantan dan Negeri Sembilan manakala Sabah satu kes.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu direkodkan di Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 206,591 kes aktif dengan 4,664 menerima rawatan hospital manakala 690 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Dalam pada itu, 275 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi dengan 168 daripada memerlukan bantuan alat penafasan dengan 21,186 telah sembuh.

Jumlah keseluruhan dijangkiti Covid-19 kini mencecah 4,183,359.

Artikel Berkaitan: