Remaja lelaki ditemukan lemas jatuh dalam loji

Mayat mangsa ditemui pada tengah malam pada Rabu diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa ditemui pada tengah malam pada Rabu diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Mayat seorang remaja lelaki dihanyutkan air sungai Loji Air Felda Mempaga dekat Karak di sini pada Selasa ditemukan lemas pada Rabu.

Mangsa, Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi,14, ditemukan tersangkut di sebatang kayu tepi sungai oleh penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa jatuh pada jam 12.00 tengah malam dan pengecaman mayat mangsa telah dibuat keluarga remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika kejadian mangsa bersama tujuh rakannya berusia lingkungan sembilan hingga 14 tahun keluar memancing di lokasi terbabit kira-kira jam 2 petang pada Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa telah memberitahu kepada salah seorang rakan untuk turun mandi di sungai terbabit.

"Semasa mangsa sedang mandi, tiba-tiba mangsa lemas dihanyutkan arus deras dan rakan-rakannya cuba membantu tetapi gagal.

"Pasukan mencari dan menyelamat mangsa berusaha mencari mangsa namun tidak menemuinya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua agensi yang terlibat serta penduduk Felda Mempaga yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa.

"Saya juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar sentiasa memantau dan mengambil maklum setiap pergerakan anak-anak untuk mengekalkan sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan:

"Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat," tambahnya.