Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Tiga saksi dirakam keterangan kes pukul di kedai serbaneka

Seorang lelaki didakwa dipukul di sebuah kedai serbaneka di Cheras pada 17 Mac lalu.
Seorang lelaki didakwa dipukul di sebuah kedai serbaneka di Cheras pada 17 Mac lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan berhubung kes orang awam dipukul oleh seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Cheras pada 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tiga individu yang dirakam keterangan itu termasuk seorang polis bantuan dan pekerja kedai serbaneka terbabit.

"Siasatan awal mendapati individu berpakaian seragam polis bantuan yang berada di tempat kejadian tidak melakukan sebarang kekasaran terhadap seorang individu yang tidak membuat bayaran selepas mengambil makanan.

"Polis bantuan tersebut turut membuat laporan polis menafikan dakwaan mengasari individu terlibat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Idzam berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Pada Selasa, polis telah terkesan dua video di aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian seorang individu telah dikasari oleh dua lelaki di kedai serbaneka itu.

Pada hari sama, media melaporkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah menjalankan siasatan susulan sebuah video yang tular di media sosial hari ini, memaparkan lelaki berpakaian seragam syarikat itu memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

Artikel Berkaitan:

Prasarana menegaskan bahawa ia sudah menjalankan siasatan serta-merta ke atas insiden berkenaan.

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian terbabit dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang di masa hadapan.