DAP 'mentelaahlah' dulu sebelum nak kata Pas: Nik Zawawi

Nik Muhammad
Nik Muhammad
A
A
A

KOTA BHARU - DAP seharusnya 'mentelaah' (mengkaji) terlebih dahulu sesuatu isu sebelum membuat pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Pas.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, tuduhan terbaharu kepada Kelantan apabila dikatakan negeri itu mencatatkan kes HIV tertinggi serta dikaitkan dengan isu larangan pembukaan panggung wayang.

"Dalam Islam, tidak disekat hiburan, ada sistem hiburan dibenarkan dalam Islam membabitkan tayangan dan persembahan.

"Saya ucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan yang cuba menobatkan kebudayaan Islam satu demi satu dalam negeri selaras dengan ilmu yang ada.

"Cuma kenyataan DAP itu tidak sepatutnya... sangat tidak tepat, kalau Kelantan yang paling banyak HIV, boleh periksa balik dengan mereka yang berautoriti," katanya.

Menurutnya, DAP memperlihatkan mereka tidak profesional, termasuklah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dalam parlimen sebelum ini.

Beliau berkata, Pas dituduh tidak akan melantik menteri daripada pemimpin bukan Melayu jika berjaya mentadbir negara.

"Kita minta bukti dan tarik balik, akhir sekali dia senyap, dia menuduh tanpa memahami Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita memerintah Malaysia dalam masa terdekat ini, kita minta kepada ALLAH SWT, kalau bertukar kerajaan, kita akan terjemah Islam sebagaimana yang dikehendaki. Insya-ALLAH," katanya.