Najib batal solat Jumaat di masjid UM

Paparan Facebook Najib.
Paparan Facebook Najib.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan hasrat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM), hari ini.

Bagaimanapun memilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah berhampiran Kampung Kerinchi.

"Untuk mengelak daripada memberi kerumitan kepada pentadbir Masjid Ar-Rahman UM dan pihak universiti, saya akan menunaikan Solat Jumaat hari ini di Masjid Ar-Rahah yang berhampiran di Kampung Kerinchi.

"Selepas itu, saya akan bertemu serta bersantai dengan kawan-kawan kita di Restoran Amjal berhadapan UM pada pukul 2.30 petang.

"Selamat menunaikan Solat Jumaat wahai kaum muslimin. Moga amalan dan ibadah kita sentiasa diredhai ALLAH SWT," katanya setelah memuat naik status di Facebook miliknya hari ini.

Semalam, menurut media tempatan, pengurusan Masjid Ar-Rahman UM dikatakan telah membuat laporan polis berhubung penganjuran program Sembang Santai Bossku di masjid universiti tersebut.

Laporan itu berkata pihak pengurusan masjid tidak dimaklumkan lebih awal berhubung program berkenaan selain perlu menjaga institusi masjid agar tidak tercemar dari kepentingan pihak tertentu.

Namun Najib menafikan akan mengadakan program di dalam masjid sebaliknya memberitahu hanya berhasrat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Artikel Berkaitan: