Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita maut kereta rempuh pacuan empat roda

Baharudin
Baharudin
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Perdana pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.52 pagi ketika pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari arah Persiaran Setia Prima menghala ke Persiaran Setia Permai.

Katanya, siasatan mendapati pacuan empat roda itu bergerak untuk melintasi lampu isyarat berwarna hijau.

"Tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Kancil terus keluar dari simpang kiri jalan tersebut dan melanggar Toyota Hilux itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pemandu Perodua Kancil iaitu wanita berumur 56 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697

Artikel Berkaitan: