Pekerja pembersihan tuntut gaji empat bulan tertunggak

Seramai 53 pekerja pembersihan berpiket secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Presint 1 pada Selasa.
Seramai 53 pekerja pembersihan berpiket secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Presint 1 pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA – Seramai 53 pekerja pembersihan melibatkan 19 buah sekolah di Sabak Bernam mendesak agar gaji tertunggak sejak November tahun lalu dilunaskan segera oleh syarikat kontraktor Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kumpulan itu berpiket secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Presint 1 di sini pada Selasa bagi membolehkan isu berkenaan diselesaikan segera.

Rahim
Rahim

Salah seorang pekerja, Rahim Mohd Ali, 49, berkata, dia terpaksa menanggung tunggakan ansuran bayaran kereta kerana tidak cukup wang untuk membayarnya.

“Saya terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik kerana ketiadaan gaji untuk menyara keluarga,” katanya yang mempunyai empat anak yang masih bersekolah.

Dia yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Sekinchan selama tiga tahun mendakwa tidak tahu punca majikannya gagal membayar gaji selama empat bulan itu.

Siti Rohana
Siti Rohana

Bagi Siti Rohana Sadami, 58, pula terpaksa bekerja separuh masa sebagai pengawal keselamatan sekolah selepas gajinya sebagainya pekerja pembersihan gagal dibayar.

Artikel Berkaitan:

“Saya terpaksa cari sumber pendapatan lain untuk tanggung kos rawatan dan perubatan suami yang terlantar kerana menghidapi sakit saraf,” katanya.

Siti Rohana yang bekerja di Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang di sini berharap isu berkenaan dapat diselesaikan segera memandangkan semua yang terlibat merupakan golongan kurang berkemampuan.

Juriah
Juriah

Juriah Ahmad Hashim, 47, berkata, tindakan mereka berkumpul di Pejabat Perdana Menteri itu adalah usaha terakhir selepas wakil rakyat di tempatnya juga gagal menyelesaikan isu berkenaan.

“Ahli Parlimen kami dah jumpa tetapi masih tiada penyelesaian,” katanya.

Menurut Juriah, pihaknya juga mendesak agar tiga syarikat yang terlibat disenarai hitam serta ditamatkan kontrak kerana gagal membayar gaji dan mengabaikan kebajikan pekerja mereka.

Selain itu, pekerja-pekerja mendakwa majikan mereka juga tidak mencarum dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Perkeso.