PDRM terima 9 kenderaan Mitsubishi Triton

Acryl Sani (kanan) menerima sumbangan kenderaan itu disampaikan oleh Ir Baharin (kiri).
Acryl Sani (kanan) menerima sumbangan kenderaan itu disampaikan oleh Ir Baharin (kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sembilan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang diserahkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sumbangan kenderaan itu adalah susulan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM dengan TNB dalam membanteras kegiatan mencuri elektrik bagi aktiviti perlombongan Bitcoin sejak 2020.

"Hasil kerjasama ini, kita telah berjaya menangkap 627 individu serta merampas barang kes bernilai RM69.8 juta dalam serbuan-serbuan yang dijalankan secara bersepadu dengan TNB," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Majlis penyerahan kenderaan itu telah berlangsung di Bukit Aman pada Selasa.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din.

Acryl Sani turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TNB atas sumbangan yang diberikan.

"Kenderaan berkenaan akan digunakan oleh JSJ bagi mempergiatkan usaha membanteras kegiatan kecurian elektrik untuk aktiviti perlombongan Bitcoin di seluruh negara," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka dengan aktiviti melombong Bitcoin secara haram.

Artikel Berkaitan:

"Pemilik-pemilik premis juga diminta berwaspada sebelum menyerahkan premis kepada penyewa dan melawat secara kerap bagi mengelak premis disalah guna.

"Salurkan maklumat kepada PDRM atau TNB jika terdapat mana-mana pihak selain wakil TNB yang membuat sambungan, usikan kepada pemasangan TNB," katanya.