Kapal kargo Indonesia ditahan bersauh tanpa kebenaran

Kapal kargo didaftarkan dari Pontianak, Indonesia ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran.
Kapal kargo didaftarkan dari Pontianak, Indonesia ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menahan sebuah kapal kargo kerana didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur di sini, pada Isnin.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo berdaftar dari Pontianak, Indonesia itu ditahan di kedudukan 18.4 batu nautika timur Tanjung Balau di sini, sekitar jam 12.35 tengah hari.

“Kapal kargo berkenaan dikendalikan 12 kru warga Indonesia berusia lingkungan 23 hingga 46 tahun tetapi mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati kapal telah bersauh sejak 25 Mac lalu dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Nurul Hizam berkata, nakhoda dan ketua jurutera kapal kemudiannya dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel Berkaitan: