KASA sedia kerjasama kuat kuasa akta air minum selamat

Tuan Ibrahim Tuan Man - Foto Twitter Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man - Foto Twitter Tuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menguatkuasakan Akta Undang-Undang Air Minum Yang Selamat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua kementerian juga telah mengadakan perbincangan bagi mengulas berkaitan rang undang-undang yang sedang dirangka itu.

“Telah ada perbincangan (rang undang-undang). Air minuman ini memang di bawah kawalan KKM sebelum ini.

“Cuma dia belum diwujudkan akta supaya sebarang elemen yang boleh menimbulkan pelanggaran pencemaran boleh ambil tindakan di bawah KKM bukan KASA,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Program 'Sustain The World Virtual Camp 2022' (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini.

Tuan Ibrahim (dua dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Program 'Sustain The World Virtual Camp 2022' (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, disini.
Tuan Ibrahim (dua dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Program 'Sustain The World Virtual Camp 2022' (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, disini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walau bagaimanapun, pengurusan air selain air minuman berada di bawah tanggungjawab jabatan bekalan air di seluruh negara.

“Operator air di setiap negeri bertanggungjawab untuk merawat air sebelum dihantar kepada pengguna. Tetapi soal status air minuman itu memang di bawah kawalan Kementerian Kesihatan sebelum ini pun.

Artikel Berkaitan:

“Cuma kita beroperasi bersama dengan kementerian itu,” ujarnya.