'Duit ni boleh beli basikal baharu'

Harison bersama Saiful Fikri.
Harison bersama Saiful Fikri.
A
A
A

KUANTAN - Puas dia cuba menahan air matanya dari tumpah dan menjadi perhatian orang, namun ia gugur juga.

Apatah lagi saat melihat ibu saudaranya menangis saat dia menerima bantuan zakat pendidikan.

Saiful Fikri Mohd Zaini, 11, merupakan seorang daripada 236 murid yang menerima bantuan Zakat Pendidikan yang disumbangkan badan korporat menerusi Persatuan Ukhwah Silaturrahim Pahang (Ukhwah) dan Yayasan Pahang.

"Terima kasih semua. Saya terharu sebab duit ni ibu nak buat belikan basikal baharu. Ganti basikal lama yang dah buruk.

"Saya naik basikal pergi kelas Fardu Ain tapi basikal tu selalu rosak," luahnya gembira.

Harison bersama Saiful Fikri.
Harison bersama Saiful Fikri.

Saiful Fikri dijaga ibu saudaranya Harison Mat Isa, 55, yang digelar ibu sejak berusia setahun.

Selain Saiful Fikri, difahamkan dua lagi adik beradiknya tinggal bersama ibu kandungnya.

Artikel Berkaitan:

Reaksi kedua anak beranak ini meruntun hati Sinar Harian.

Sementara itu Harison mengakui sebak apabila terkenangkan kecekalan Saiful Fikri mengayuh basikal dari rumah mereka di Bukit Gambang, ke kelas Fardu Ain yang berjarak lebih lima kilometer.

"Saya gembira campur sedih.

"Dapat duit ni nak belikan basikal murah-murah untuk dia ke kelas Fardu Ain, sebelum ni saya tak ada duit nak beli, ni dapat duit ni nak cari basikal murah," katanya.