Bayar zakat dalam talian lebih mudah

Mohd Sabirin ketika sidang media semasa Program Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.
Mohd Sabirin ketika sidang media semasa Program Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan para pengeluar zakat untuk terus menggunakan kaedah pembayaran zakat secara dalam talian dan menerusi aplikasi milik pihak tersebut.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini yakin kaedah tersebut akan terus digemari oleh para pembayar zakat berdasarkan trend peningkatan penggunaannya sejak dua tahun lalu ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurutnya, kaedah tersebut dapat mengurangkan risiko terdedah kepada wabak tersebut bila berada di luar, selain lebih cepat dan mudah untuk dilaksanakan.

"Daripada pengalaman kami sejak bermulanya pandemik dua tahun lalu, ramai pengeluar zakat lebih gemar menggunakan kaedah dalam talian ini.

"Ia dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, ia juga mengurangkan pergerakan (keluar dari rumah) dan ia lebih mudah, murah serta cepat.

"Saya rasa berdasarkan trend pada sebelum ini, dan saya percaya kaedah pembayaran secara dalam talian ini masih digemari oleh semua pengeluar zakat termasuk golongan muda dan lebih berusia menggunakan cara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa Program Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dua dari kanan: Mohd Sabirin dan Abdul Aziz bersama penerima-penerima bantuan Ramadan dan Syawal semasa Program Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.
Dua dari kanan: Mohd Sabirin dan Abdul Aziz bersama penerima-penerima bantuan Ramadan dan Syawal semasa Program Agihan Perdana Bantuan Ramadan dan Syawal Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini pada Selasa.

Pada program sama, LZS mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28.6 juta kepada 62,769 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini.

Simbolik penyerahan bantuan ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada 20 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf bersempena di sini.

Mohd Sabirin berkata, kedua-dua daerah Klang dan Petaling mencatatkan jumlah agihan tertinggi melibatkan peruntukan sebanyak RM5.18 juta berasingan kepada 11,232 dan 11,186 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf di daerah masing-masing, diikuti daerah Hulu Langat sebanyak RM4.12 juta kepada 8,832 asnaf.

"Setiap penerima mendapat bantuan zakat di antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga dan ia mula disalurkan pada Selasa, melalui pembayaran yang dikreditkan ke akaun bank penerima.

"Jika mereka mempunyai kekangan untuk menerima bantuan tersebut, kami akan menggunakan kaedah baucar tunai (v-cash), yang mana kami akan berikan baucar kepada penerima-penerima ini dan mereka boleh tukarkan kepada tunai di mana-mana cawangan Bank Islam.

"Tapi jika masih sukar berbuat demikian, kami akan berikan secara tunai di mana-mana cawangan LZS yang berdekatan kepada mereka," katanya.