Supercube sasar lahirkan lebih 20,000 usahawan baharu

Pengasas Supercube International Sdn. Bhd, Hayfa Amira bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof melancarkan produk baharu pada majlis Supercube Gala Dinner & Awards Night yang diadakan di Grand Dorsett, Subang.
Pengasas Supercube International Sdn. Bhd, Hayfa Amira bersama suami yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof melancarkan produk baharu pada majlis Supercube Gala Dinner & Awards Night yang diadakan di Grand Dorsett, Subang.
A
A
A

SUBANG - Syarikat milikan penuh bumiputera, Supercube International Sdn Bhd meletakkan sasaran untuk melahirkan lebih 20,000 usahawan baharu sepanjang tahun ini.

Pengasas Supercube, Hayfa Amira Ahmad Kamal berkata, sasaran tersebut ditetapkan selari dengan visi Supercube iatu untuk menjadi platform terbesar dalam membantu usahawan untuk mula berniaga dengan produk-produk berkualiti tanpa risiko, modal serta pengalaman.

“Pada tahun 2022 ini, kami hendak membantu lebih ramai orang. Sekarang kami ada lebih daripada 26,000 orang usahawan.

“Jadi kami nak cari lebih 20,000 ejen untuk menambahkan lagi serta berkongsi manfaat Supercube dan pada masa yang sama, membantu lebih ramai lagi orang untuk berniaga tanpa modal,” katanya selepas Majlis Penghargaan Top Leader Supercube yang berlangsung di sebuah hotel, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hayfa berkata, majlis tersebut diadakan bagi meraikan pencapaian jualan Supercube pada tahun 2021 yang telah berjaya mencecah lebih daripada RM20.5 juta.

Menurutnya, seramai 15 jutawan Supercube turut menerima penghargaan anugerah berprestij dalam majlis berkenaan dan kesemuanya telah mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Hayfa Amira menyampaikan Anugerah Supercube Jutawan 2021 kepada Nadrah Fazlina.
Hayfa Amira menyampaikan Anugerah Supercube Jutawan 2021 kepada Nadrah Fazlina.

“Kami sasarkan jualan lebih daripada RM30 juta pada tahun 2022 dan kami mahu lahirkan lebih daripada 20 orang jutawan Supercube.

“Untuk jangka masa panjang, kami ingin menjadi satu platform terbesar yang boleh membantu orang ramai untuk berniaga tanpa modal.

“Ramai yang takut dengan platform berniaga berpasukan kerana dari dulu platform sebegini kebanyakannya berisiko tetapi kami di Supercube tidak meletakkan risiko itu kepada anda. Kami hanya mahukan komitmen untuk menjadi usahawan, jutawan dan dermawan bersama-sama Supercube,” ujarnya.

Sementara itu, ujar Hayfa, Supercube turut melancarkan produk baharunya iaitu ‘Superbytes’, sejenis coklat putih campuran oat dan kurma yang boleh membekalkan tenaga ketika menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

“Supercube kini memiliki tujuh jenis produk termasuk yang dilancarkan pada malam ini. Empat jenis ‘Supercube Molasses Herbs Drink’ yang merupakan minuman pertama herba dalam bentuk kiub, ‘Soothe Mist’ iaitu minyak angin natural moden, ‘Teresak Exfoliator’ skrub yang diinspirasikan daripada mandian herba ibu berpantang dan ‘Superbytes’, snek kiub yang sangat sesuai dimakan sewaktu sahur,” jelasnya.

Hayfa Amira menyampaikan ucapan pada majlis Supercube Gala Dinner & Awards Night yang diadakan di Grand Dorsett, Subang.
Hayfa Amira menyampaikan ucapan pada majlis Supercube Gala Dinner & Awards Night yang diadakan di Grand Dorsett, Subang.

Dalam pada itu, katanya, Supercube yang ditubuhkan ketika negara berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 itu, telah membuka peluang perniagaan kepada orang ramai khususnya bagi golongan yang terjejas.

Menurutnya, ia secara langsung membantu mereka yang terjejas dalam menjana pendapatan sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini.

“Apabila negara kita menghadapi cabaran melawan pandemik Covid-19, saya dan suami sebagai usahawan merasakan kami perlu membuat sesuatu untuk membantu ramai orang yang terkesan dengan keadaan pandemik.

“Dari situ kami rangka sistem perniagaan Supercube yang boleh bantu orang mula berniaga tanpa sebarang kos dan risiko, tanpa perlu uruskan postage sendiri, dan juga kami bantu mereka yang langsung tiada pengalaman berniaga dengan menyediakan kelas-kelas perniagaan.

“Sudah tentu kami menyediakan produk-produk yang berkualiti di bawah sistem Supercube,” menurutnya.

Tambahnya, ibu pejabat Supercube sentiasa menambah baik dari segi sistem serta proses penghantaran pesanan pelanggan untuk usahawan-usahawan Supercube.

“Bagi kami, bila ibu pejabat Supecube sentiasa beri yang terbaik, ejen-ejen akan lebih gembira dan senang hati melakukan tugas mereka.

“Kami juga sentiasa menyediakan kelas-kelas oleh saya sendiri dan juga dari guru-guru lain untuk ‘upgrade’ (tambah baik) ilmu-ilmu ejen kami untuk memastikan mereka juga boleh jadi ejen yang makin lama, makin hebat,” tambahnya.

Reaksi ‘Top 4’ Jutawan Supecube

Nadrah Fazlina
Nadrah Fazlina

“Bagi kumpulan kami, antara rahsia kejayaan adalah kerana kami sangat menjaga ukhwah sesama ahli kumpulan. Saya sentiasa bimbing ahli-ahli yang lain apabila mereka datang meminta bantuan dalam bisnes. Jadi kita tidak tinggal mereka di belakang dan sentiasa bimbing dari semasa ke semasa,” Nadrah Fazlina, 37.

Wan Nor Bahirah
Wan Nor Bahirah

“Dalam perniagaan, penting untuk kita ada ‘Big Heart’ (cekal). Sebab masa berniaga kita akan lalui pelbagai masalah dan cabaran, jadi pentingnya ‘Big Heart’ ini supaya kita tidak mudah mengalah dan buat semampu yang boleh. Sebagai seorang ketua, kita memang kena kuat kerana ia berbeza bila kita berniaga berseorangan atau berjemaah,” Wan Nor Bahirah, 38.

Nurul Asyikin
Nurul Asyikin

“Apa-apa yang kita hendak buat, kita perlu ada ‘Big Why’, iaitu sebab utama kenapa kita nak buat sesuatu dan perkara itu yang akan mendorong kita untuk terus berjaya. Pada masa yang sama, niat yang kita bawa sepanjang perjalanan kita buat bisnes juga penting supaya objektif dapat dicapai,” Nurul Asyikin, 35.

Lina Mardhia
Lina Mardhia

“Satu prinsip yang saya pegang ialah kita kena berani mencuba. Jangan takut untuk mencuba, sebab kita tidak tahu apa akan datang selagi tidak mencuba. Jadi nasihat saya, jangan teragak-agak untuk mengambil langkah pertama dalam mencuba sesuatu yang baharu,” Lina Mardhiah, 35.