Selepas diarah keluar dewan, Sivarrajh pertahan diri

Sivarrajh ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sivarrajh ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur membatalkan keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, namun bekas wakil rakyatnya, Datuk C Sivarrajh masih hadir ke Dewan Rakyat hari ini.

Kehadirannya mencetuskan kontroversi apabila ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Ariff Md Yusof bahawa Sivarrajh tidak ada hak berada di dalam Dewan Rakyat memandangkan kerusi itu telah dikosongkan.

Mohd Ariff meminta Sivarrajh untuk mengemukakan notis rayuan pergantungan hukuman daripada mahkamah namun, beliau gagal mengemukakannya.

Sivarrajh yang juga Naib Presiden MIC ketika ditemui di luar Dewan Rakyat mempertahankan kehadirannya dengan menyatakan selagi Mahkamah Tinggi tidak menghantar notis kehakiman kepada Speaker Dewan Rakyat yang memaklumkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands telah dikosongkan.

"Selagi hakim itu tak hantar judicial notice (notis kehakiman) kepada Speaker memaklumkan bahawa kerusi Cameron Highlands itu dikosongkan, saya masih boleh lagi hadir sampai 12 hari bulan ini. Selagi itu saya masih lagi ahli Parlimen, saya masih boleh boleh hadie ke Dewan Rakyat.

"Saya tidak disabitkan rasuah, tak ada bukti. Sebab itu mahkamah tidak buat laporan kepada pihak berkuasa tertinggi seperti SPRM, disebabkan ada unsur-unsur wang.

"Saya tak ada masalah, saya sedia kerjasama, saya tak rasuah. Kalau kata nak rasuah, nak tolong orang makan, tolong orang minum. Orang Asli ini bergantung kepada kita, saya ingat 222 parlimen kena panggil buat pilihan raya kecil," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau menyatakan masih ada masa untuk membuat rayuan dan akan menjelaskan isu-isu ini kepada Speaker Dewan Rakyat.

"Kerana bagi saya, saya rasa apa yang diputuskan di mahkamah tidak adil sebab saya tidak buat salah.

Artikel Berkaitan:


"Membantu orang bukan bagi rasuah, bukan pancing undi, Orang Adli penyokong BN sejak berzaman-zaman," katanya.

Sementara itu, Rayer menyatakan tindakannya itu kerana merasakan Sivarrajh tidak ada hak untuk berada lagi di dalam Dewan Rakyat selepas kerusi Parlimen itu dikosongkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah batalkan keputusan PRU14 Parlimen Cameron Highlands]

30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti telah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan responden, Sivarraajh dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN.