Celcom terima pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

Celcom menerima pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti, baru-baru ini. (Gambar kecil) Afizulazha
Celcom menerima pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti, baru-baru ini. (Gambar kecil) Afizulazha
A
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) telah menerima pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti bagi prestasi rangkaian yang cemerlang daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti ini membuktikan bahawa operasi dan pengurusan rangkaian hujung ke hujung Celcom menepati piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM QAS International.

Pensijilan ISO tersebut telah dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM QAS International Sdn Bhd, Nur Fadhilah Muhammad pada majlis penyampaian yang dilakukan secara maya baru-baru ini.

Afizulazha berkata, pensijilan itu menunjukkan usaha Celcom untuk menyampaikan amalan perniagaan yang berkualiti supaya dapat memastikan syarikat berada di landasan yang betul dalam membolehkan rakyat Malaysia menikmati pengalaman perkhidmatan rangkaian terbaik.

“Memenuhi piawaian ISO membolehkan kami untuk membangun dan menambah baik proses-proses yang memenuhi keperluan pasaran yang meliputi strategi, infrastruktur, operasi dan penyelenggaraan.

“Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang ditetapkan dengan keperluan Celcom bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti kami, tetapi ia juga dapat mengurangkan kos serta memastikan kualiti perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pengiktirafan pensijilan rangkaian ini akan membantu Celcom untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan pasaran serta mengukuhkan prestasi rangkaian kami sambil meningkatkan reputasi kami sebagai syarikat telekomunikasi dengan liputan mudah alih terbaik di Malaysia.

Pengiktirafan yang diterima baru-baru ini merupakan pensijilan ISO ketiga Celcom.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, pasukan rangkaian telah menerima pensijilan ISO 9001:2015 pada tahun 2020 yang kini telah diperluaskan daripada Pusat Operasi Rangkaian (NOC)/Pusat Operasi Keselamatan (SOC) kepada Penempatan Tapak Rangkaian Celcom. Dua pensijilan yang lain termasuklah ISO 18295 untuk Pusat Perhubungan Celcom dan IT ISO 27001 (Sistem Pengurusan Keselamatan IT).

SIRIM QAS International Sdn Bhd ialah rakan kongsi Rangkaian Pensijilan Antarabangsa (IQNet) dan sijil sistem pengurusannya diiktiraf secara global dengan akses pasaran lebih dari 37 negara di seluruh dunia.